fbpx
Gambar hiasan.

Wanita rugi RM2.33 juta angkara cinta ‘Perry Chen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang wanita tempatan berusia 53 tahun kerugian RM2.33 juta selepas menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian (love scam) membabitkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Perry Chen.

Mangsa yang bekerja sebagai pengurus programmer di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 8 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai lelaki Singapura dan menetap di Kanada.

”Ibu saudara mangsa berkenalan dengan suspek semasa menghadiri seminar di Kuala Lumpur dan berniat menjodohkan mereka. Sejak itu, mangsa dan suspek hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp sejak Februari tahun lalu.

”Pada Mac 2024, suspek mendakwa menjalankan perniagaan pemasangan grid elektrik dengan kerajaan Oman dan meminta bantuan mangsa untuk membuat pindahan wang kononnya bagi pembelian bahan mentah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diminta mengakses akaun bank milik suspek, namun pindahan gagal kerana melibatkan negara berbeza.

”Suspek kemudiannya meminta mangsa membayar caj perkhidmatan bank terlebih dahulu dengan janji akan membayar semula.

”Tertarik dengan janji manis suspek, mangsa membuat 58 transaksi ke sembilan akaun bank tempatan berbeza berjumlah RM1.93 juta antara 28 Mac hingga 18 Ogos 2024,” katanya.

Tambahnya, pada September 2024, suspek memaklumkan telah mendepositkan cek bernilai USD404,500 ke dalam akaun sebuah bank di Oman untuk membayar semula wang mangsa dan mangsa kemudian dihubungi individu mengaku pegawai bank yang meminta bayaran caj bagi menunaikan cek tersebut.

”Antara 25 September 2024 hingga 4 Julai 2025, mangsa membuat lagi 13 transaksi ke lima akaun bank tempatan berbeza berjumlah RM399,407.

”Mangsa akhirnya sedar ditipu selepas mendapati alasan bayaran caj bank tidak munasabah sebelum tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI