fbpx
SHAH RUKH KHAN

SRK akhirnya menang Pelakon Lelaki Terbaik India National Award

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS lebih tiga dekad mengabdikan diri sebagai anak seni di Bollywood, akhirnya Shah Rukh Khan (SRK) mendapat pengiktirafan National Award yang merupakan anugerah tertinggi di India.

SRK menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Jawan terbitan 2023.

Sebelum ini dia pernah dicalonkan dalam kategori sama 20 tahun lalu menerusi filem Swades.

Namun, dia tewas di tangan Saif Ali Khan yang mewakili filem Hum Tum sehingga mencetuskan pertikaian ramai peminat.

SRK sendiri pernah mengeluarkan kenyataan anugerah itu sepatutnya menjadi miliknya.

Selain SRK, sahabat baiknya, Rani Mukherjee tutut meraih kejayaan dalam anugerah sama buat julung kalinya menerusi lakonan mantap dalam filem Mrs Chatterjee VS Norway.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI