fbpx
PASUKAN XDS Astana Team antara yang berstatus WorldTeam yang menyertai saingan LTdL 2025 kali ini. - AFP

Prestij LTdL gamit pasukan kelas A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESTIJ perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) menjadi faktor utama pasukan bertaraf WorldTour memilih Malaysia sebagai destinasi perlumbaan yang wajib disertai mereka sekali gus membezakannya daripada beberapa kejohanan lain di rantau Asia.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2025, Emir Abdul Jalal berkata, walaupun terdapat perlumbaan berstatus ProSeries di rantau Asia yang lain, tetapi ia sukar menandingi daya tarikan sejarah dan reputasi LTDL yang sudah teruji sejak 1996.

Kata Emir, perlumbaan di China seperti Tour of Magnificent Qinghai mahupun Tour of Hainan hanya mampu menarik satu pasukan WorldTour.

“Perlumbaan di China pun hanya ada satu pasukan WorldTour. Apa yang menariknya di LTdL ialah nama itu sendiri. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kerajaan Malaysia sentiasa menyokong penganjuran ini.

“Kualiti perlumbaan LTdL adalah antara yang terbaik, terutama dari segi keselamatan. LTdL juga ikonik di Malaysia, ada nilai sejarah dan menjadi perlumbaan yang pelumba sentiasa ingat.

“Bagi saya, prestij dan nama LTdL itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan pasukan besar mahu datang setiap tahun. Jika diikutkan ada empat lagi pasukan ProTeam nak sertai LTdL tetapi kita terpaksa ketepikan kerana nak kekalkan had bilangan untuk menjaga prestij perlumbaan ini,” katanya.

Edisi ke-29 perlumbaan LTdL25 yang akan membuka tirai saingan pada 28 September hingga 5 Oktober depan, bakal menampilkan tiga pasukan berstatus WorldTeam dan lapan pasukan ProTeam (PT).

Tiga pasukan WorldTeam yang sudah mengesahkan penyertaan adalah XDS Astana Team dari Kazakhstan, Team Picnic PostNL (Belanda) yang dikenali sebagai DSM-Firmenich PostNL pada musim lalu dan Cofidis (Perancis).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI