fbpx
MANCHESTER United meraikan kemenangan 5-4 ke atas Fiorentina menerusi penentuan penalti bagi melengkapkan persiapan pra musim sebelum memulakan aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, 17 Ogos ini. - MANCHESTER UNITED

Penyokong Man. United makin ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Peminat Manchester United memperoleh keceriaan berganda apabila melengkapkan aksi pra musim dengan nota kemenangan 5-4 menerusi sepakan penalti ke atas Fiorentina di Old Trafford, sebentar tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan dan kejayaan ini menghidupkan harapan besar penyokongnya selepas kelab itu berjaya melengkapkan perpindahan Benjamin Sesko.

Pada penentuan penalti, Bobbie Mainoo melengkapkan sepakan kelima manakala penjaga gol The Red Devils, Altay Bayındır turut cemerlang menafikan sepakan Fabiano Parisi.

Bagaimanapun penyokong di Old Trafford terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan Fiorentina seawal minit ke-8 menerusi Simon Sohm.

Minit ke-25, pertahanan lawan Robin Gosens tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol penyamaan buat Manchester United.

Pada penentuan penalti, Bruno Fernandes, Matheus Cunha, Diogo Dalot, Amad Diallo dan Mainoo tenang untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Terdahulu, Sesko menjadi pembelian besar ketiga di skuad kendalian Ruben Amorim selepas menandatangani Matheus Cunha daripada Wolverhampton dan Bryan Mbeumo (Brentford).

Penghijrahan pemain berusia 22 tahun yang memiliki reputasi gah bersama Red Bull Leipzig pada musim lalu membabitkan nilai perpindahan keseluruhan mencecah £74 juta (RM452.4 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI