fbpx
Keluarga, rakan dan penduduk setempat berada di laluan keluar masuk Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol untuk menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina hari ini - Foto oleh Ivan Amirul

Orang ramai kerumun kubur Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIPITANG – Ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung antara yang hadir menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol di sini petang ini.

Turut kelihatan anggota polis yang berkawal di lokasi tersebut bagi memastikan kerja-kerja penggalian berjalan lancar selain pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang memantau proses tersebut.

Proses penggalian kubur itu turut disaksikan oleh majistret, dua pendakwa raya, ibu Zara Qairina, peguam, wakil JHEAINS dan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Penggalian semula kubur pelajar tingkatan satu itu dilakukan selepas mendapat kebenaran Majistret Zuraini Ali Musa dari Mahkamah Majistret Sipitang.

Prosiding yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom itu didengar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar tengah hari tadi.

Semalam, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis supaya menggali semula kubur mangsa selepas meneliti laporan penuh siasatan kematian Zara Qairina yang turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai lalu. Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE pada pukul 11 pagi keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN