fbpx
Hanifah

NexG kini pemegang saham terbesar Classita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) mengumumkan pemerolehan pegangan sebanyak 32.61 peratus  dan 414,312,800 Waran C dalam Classita Holdings Berhad (Classita) dengan nilai sebanyak RM76.78 juta sebagai tanda kemasukan rasmi Kumpulan ke dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

Classita adalah  sebuah kontraktor bertauliah Gred G7 CIDB.

Melalui pemiikan tersebut, ia  menjadikan NexG sebagai pemegang saham utama tunggal
terbesar dalam Classita.

Secara berasingan, Classita telah mengumumkan cadangan untuk menukar namanya
kepada NexG Bina Berhad, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan cadangan
pertukaran nama ini mencerminkan evolusi mandat Classita sebagai platform bagi
perumahan mampu milik, infrastruktur sektor awam dan inisiatif pembangunan berkaitan
kerajaan.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Hanifah Noordin berkata, pemerolehan strategik ini  merupakan sebahagian daripada pengembangan  lebih luas NexG untuk menyokong inisiatif kerajaan dan menyumbang secara langsung kepada usaha pembangunan negara.

Menurut beliau, ia juga dapat  mengembangkan perniagaan Kumpulan bagi melepasi sektor solusi
identiti terjamin , ID kepercayaan digital (digital trust ID) dan pakatan strategik korporat serta perkhidmatan kewangan.

“Memasuki sektor hartanah dan pembinaan adalah langkah yang strategik dan tepat
pada masanya untuk NexG. Kami berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih aktif
dan nyata dalam pembangunan negara dengan memanfaatkan kekuatan kewangan,
jaringan kerajaan dan rekod prestasi kami yang terbukti dalam projek-projek kritikal bagi
menyokong agenda perumahan dan infrastruktur negara.

“Kami melihat Classita sebagai rakan strategik yang sesuai dengan aspirasi ini, memandangkan kelayakan dan kesediaannya untuk menyertai projek-projek berkaitan kerajaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sebagai kontraktor bertauliah Gred G7 CIDB, Classita mempunyai keupayaan pembinaan yang terbukti, portfolio yang kukuh, dan aset bank tanah yang boleh diskalakan.

Antara inisiatif utama Classita adalah kerjasamanya dengan Lion Pacific Sdn Bhd (Lion
Pacific) untuk bersama-sama menyertai Projek Sistem MRT3.

Di bawah cadangan kerjasama ini, Classita dijangka melaksanakan pakej kerja SY303,
yang merangkumi pembekalan, pengujian, dan pentauliahan kereta api elektrik serta
sistem sokongan.

Pada masa yang sama, Classita sedang memajukan rancangan untuk projek
Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di tanah miliknya di Ulu Kelang, bagi
menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti untuk penjawat awam.

Selain di Ulu Kelang, Classita turut memiliki portfolio strategik tanah pembangunan di  Bentong,
Tapah dan Kinta, yang dijangka memberi NexG peluang kemasukan jangka pendek dan
berskala ke dalam projek-projek perumahan mampu milik serta pembangunan runcit dan
komersial.

Mengulas lanjut mengenai pemerolehan ini, Datuk Hanifah Noordin berkata, Classita terus menunjukkan kekuatan kewangan, kecairan yang mencukupi dan keupayaan untuk digerakkan dengan pantas bagi melaksanakan projek-projek berintensifkan modal.

“Selain pembelian 32.61 peratus pegangan dalam Classita, kami turut memperoleh sejumlah besar Waran C Classita. Langkah strategik ini memberi kami fleksibiliti untuk meningkatkan pegangan dari semasa ke semasa dan meraih manfaat daripada penciptaan nilai jangka panjang Classita.

“Dengan kekuatan kewangan, bank tanah dan kesediaan institusi Classita, digabungkan
dengan modal, tadbir urus, dan jaringan nasional NexG, kami yakin dengan kemampuan
kami untuk memacu transformasi perumahan dan infrastruktur negara, sambil
memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” jelasnya. -KOSMO!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI