fbpx
Gambar kiri dimana Vanidah ketika zaman mudanya.

‘Mak awak pernah jadi ‘crush’ seluruh lelaki dalam negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecantikan aktres popular Vanidah Imran menjadi bualan pengguna media sosial apabila anak perempuannya memuat naik kembali gambar ketika zaman mudanya.

Menerusi gambar dimuat naik anaknya di akaun TikTok @maryrashika_, Vanidah dilihat anggun berkebaya putih dimana ketika itu dirinya berusia 20-an.

Pada usia tersebut, Vanidah sebenarnya telah mencapai pelbagai kejayaan antaranya merangkul Naib Juara Miss World Malaysia 1993 dan berada di puncak kariernya sebagai pelakon.

Rata-rata peminat Vanidah sejak dari zaman mudanya memuji kecantikan pelakon itu yang turut pemegang gelaran ‘Miss Photogenic’.

Seorang peminat dikenali sebagai John William berkata, Vanidah pernah menjadi pujaan seluruh lelaki rakyat Malaysia pada zaman kegemilangannya.

“Mak awak pernah jadi ‘crush’ seluruh lelaki dalam negara. Dulu dia sangat cantik malah sekarang pun bertambah cantik,” komennya.

Beberapa pengguna turut berkata, kecantikan Vanidah tiada tandingannya dan kelihatan wanita melayu terakhir kerana mukanya mempunyai ciri-ciri klasik.

“Vanidah Imran layak jadi wanita melayu terakhir. Muka dia sumpah muka klasik sesuai cantik sangat,” komen Erin.

“Mak awak Vanidah Imran ke? Tu selamanya ‘crush’ saya. Tak ada siapa boleh lawan. Wanita melayu terakhir. Tiada yang lain,” komen Teja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI