fbpx
Kesesakan terus di Lebuh Raya Utara-Selatan akibat kejadian lori terbalik

Lori terbalik, lebuh raya sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian sebuah lori terbalik dan melintang di laluan utama dari Kuala Lumpur menghala ke utara mengakibatkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Utara-Selatan hari ini.

Menerusi perkongsian siaran langsung di aplikasi TikTok, insiden itu dilaporkan berlaku sebelum Terowong Menora, Sungai Perak, kira-kira pukul 6.45 petang dengan kenderaan mula bergerak perlahan sejak beberapa kilometer sebelum lokasi kejadian.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa, dengan kesesakan yang dilaporkan terkandas hampir dua jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI