fbpx
SYAMER menjadi tonggak baharu KL City musim ini selepas melengkapkan perpindahan dari Penang FC. - FB KUALA LUMPUR CITY

Liga Super: KL City idam ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK tengah baharu Kuala Lumpur City (KL City), Syamer Kutty Abba tidak sabar untuk membantu pasukan memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan menjelang aksi bertemu pendatang baharu, Imigresen FC di Stadium Negeri, Batu Kawan hari ini.

Sebagai rekod, skuad KL City yang dikendalikan oleh Risto Vidakovic membuat persiapan rapi pada jendela perpindahan kali ini dengan menandatangani ramai pemain bertaraf bintang termasuk Syamer yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Syamer, kesempatan menyarung jersi skuad Warga Kota diharap dapat melonjakkan terus kariernya dalam memburu slot bersama skuad Harimau Malaya pada kem latihan pusat selepas ini.

“Saya berharap ini adalah satu langkah yang baru juga untuk saya yang berpindah ke kelab baru selepas bersama dengan Penang FC selama satu musim.

“Saya akan berusaha untuk melakukan yang lebih baik bersama pasukan yang baharu pada kali ini dan dapat bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama KL City FC.

“Saya juga berharap dapat tersenarai dalam skuad kebangsaan setiap kali ada panggilan,” kata Syamer.

Sebagai rekod, Syamer yang berusia 28 tahun merupakan watak penting buat skuad Harimau Kumbang bagi kempen Liga Super musim lalu dan membantu pasukan itu menamatkan saingan di tangga ke-10 dengan 26 mata.

Semangat Syamer bersama KL City FC pasti membara apatah lagi skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Singapura dan Palestin pada jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN