fbpx
Pemain DPMM FC, Mohammad Fairuz Zakaria (kanan), diasak pemain PDRM FC, Kyaw Min Oo pada perlawanan Liga Super 2025/2026, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Liga Super: Brunei DPMM sangkut ‘roadblock’ The Cops

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit daripada ketinggalan selepas mengikat Brunei DPMM FC 2-2 pada aksi pertama Liga Super sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MP Selayang itu, skuad The Cops membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan pemain import berpengaruh seperti Fadi Awad, Park Tae-su dan Kyaw Min Ooo dalam kesebelasan utama.

Namun, pasukan DPMM yang dikendalikan oleh Jamie McAllister terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah hasil penyudah berbisa penyerang Indonesia, Ramadhan Sananta seawal minit ke-2.

Pemain-pemain DPMM FC meraikan jaringan ketika menentang PDRM FC pada perlawanan Liga Super 2025, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Momentum cemerlang diteruskan oleh Miguel Oliveira untuk menggandakan kelebihan buat wakil Borneo itu selepas bijak menewaskan penjaga gol PDRM FC, Ifwat Akmal berselang dua minit kemudian.

Tersentak dengan gol tersebut, PDRM menggandakan asakan dan berjaya mendapat sepakan penalti tetapi sepakan Ahmed Israiwah berjaya ditepis penjaga gol, Kristijan Naumovski pada minit ke-23.

Enggan pulang dengan tangan kosong, Tae-su muncul wira Sang Saka Biru apabila meledak dua gol pantas pada babak kedua (minit ke-68 dan 72) untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata berharga.

Selepas ini, DPMM FC bakal bertemu Selangor FC pada Selasa ini di Stadium MB Petaling Jaya manakala PDRM FC pula akan bertemu Terengganu FC pada 13 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI