fbpx
ENDRICK

Endrick dapat jersi keramat No. 9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Impian penyerang antarabangsa Brazil, Endrick untuk mengukuhkan tempat dalam skuad utama Real Madrid tercapai selepas disahkan bakal memakai jersi ikonik nombor 9 untuk saingan La Liga pada musim baharu nanti.

Kekosongan jersi No. 9 sebelum ini telah ditinggalkan oleh pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe yang membuat keputusan untuk memilih angka baharu No. 10 susulan penghijrahan Luka Modric.

Situasi itu menyaksikan dua pemain muda, Endrick dan penyerang akademi, Gonzalo Garcia dikatakan telah meminta kepada pihak pengurusan untuk diberikan nombor keramat itu sekali gus mengesahkan status selaku penggempur utama pasukan.

Jersi No. 9 bukan sekadar angka bagi pemain Galacticos di Santiago Bernabeu kerana pernah disarung oleh legenda bola sepak seperti Alfredo Di Stefano, Hugo Sanchez, Ronaldo, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo.

Difahamkan, Endrick yang berusia berusia 19 tahun sangat teruja dengan keputusan pihak pengurusan Real selepas mengharungi musim debut yang positif apabila meledak tujuh gol sepanjang 37 penampilan musim lalu.

Sementara itu, Garcia yang tampil cemerlang pada kempen Piala Dunia Kelab bulan lalu telah diberikan nombor lama Endrick iaitu No. 16 dalam skuad Los Blancos yang dikendalikan oleh Xabi Alonso itu.

Garcia yang berusia 21 tahun bakal diberikan peranan yang seimbang dalam skuad Los Blancos bersama Endrick untuk membentuk jentera serangan ampuh selain penggempur utama, Mbappe dan Vinicius Junior. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI