KOTA BHARU – Ekonomi negara tidak boleh dipacu dengan baik sekiranya tiada kerjasama erat melalui hubungan politik dengan negeri-negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan politik yang berlaku di Thailand baru-baru ini menyebabkan berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat.
“Saya fikir tidak boleh turun dengan mudah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk turun ke Kelantan hari ini.
“Jangan pandang ringan kerana ekonomi negara tidak boleh dipacu sekiranya tiada kerajasama baik melibatkan politik antara negeri-negeri, katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Mengulas lanjut Anwar memberitahu, beliau sentiasa mengadakan perbincangan dengan pimpinan negerinsejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini kebanyakannya mengadakan perbincangan dengan wakil kerajaan negeri.
“Setiap kali saya berkunjung ke negeri sejak beberapa tahun lalu, kita akan adakan satu sesi khas dengan kerajaan negeri bagi memberi ruang untuk mereka memberi input semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE