fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua mangsa berlari meminta tolong setelah dibakar oleh seorang penganggur di di Jalan Ratchadamri di Bangkok, Thailand pada Khamis malam.

Dua rakyat Malaysia parah dibakar hidup-hidup di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua pelancong Malaysia dilaporkan cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur di Jalan Ratchadamri di Bangkok, Thailand pada Khamis malam.

Kejadian ngeri tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam apabila suspek lelaki secara tiba-tiga menuang cecair bahan pelarut (thinner) dari arah belakang dua mangsa berkenaan.

Mangsa, seorang lelaki dikenali sebagai Ong Yik Leong, 26, dan Gan Xiao Zhen, 27, yang ketika itu duduk di tangga berhampiran sebuah pusat membeli-belah terkejut dan terus melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek terus mengejar sebelum menyalakan api dan membakar kedua-dua mangsa.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata beliau telah melawat mangsa yang kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Beliau berkata Ong dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Polis, manakala Gan menerima rawatan di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku menyerang secara rawak kerana tertekan selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan, menyebabkan dia hilang punca pendapatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI