fbpx
DEEPIKA PADUKONE

Catat 2 bilion tontonan, Deepika kalahkan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJAYAAN luar biasa diraih pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone apabila video ‘reels’ Instagram aktres itu menjadi video Instagram paling banyak ditonton di dunia.

Video tersebut merupakan konten promosi sebuah hotel terkemuka dunia yang menjadikan Deepika sebagai duta mereka.

Jumlah tontonan tersebut telah mengatasi beberapa nama besar lain termasuk Cristiano Ronaldo dan Selena Gomez.

Pengaruh Deepika bukan sahaja besar di India, malah dia merupakan duta global untuk beberapa jenama terkemuka termasuklah kosmetik, fesyen dan peralatan elektronik.

Sehingga kini, Deepika sudah mengumpul sebanyak 80 juta pengikut Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI