fbpx
Singapura - Gambar hiasan

Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah sempena ulang tahun ke-60 Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada dan rakyat Singapura.

Ucapan tersebut dizahirkan Baginda berdua bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara itu yang ke-60 hari ini.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan hubungan dua hala yang akrab dan kukuh antara Malaysia-Singapura terus diperkukuhkan demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

“Hubungan Malaysia dan Singapura terjalin kukuh sejak sekian lama dan saya percaya hubungan ini akan terus berkembang,” titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan hari ini.

Hari ini 60 tahun yang lalu, Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia.

Singapura tidak dimerdekakan British bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 atas sebab ketidakseimbangan populasi Melayu-Cina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI