BANGKOK – Polis menangkap tiga lelaki warga China dan dua wanita rakyat Laos ketika mereka membuat siaran langsung aktiviti hubungan intim di Pattaya, Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.
Ketika kejadian, mereka sedang bersiaran langsung untuk sebuah platform media sosial China dari sebuah vila kolam renang di Pattaya.
Biro Imigresen menerima maklumat mengenai warganegara China yang menyiarkan video tidak senonoh di media sosial itu.
Hasil siasatan, polis mengenal pasti lokasi penggambaran video tersebut.
Polis menyerbu premis berkenaan kelmarin dan menahan lima individu itu.
Kedua-dua wanita warga Laos itu memberitahu polis bahawa mereka menerima bayaran 3,000 baht (RM393) bagi setiap siaran langsung.
Kelima-lima suspek dituduh melakukan aktiviti tidak senonoh.
Jika disabit kesalahan boleh, mereka dihukum penjara sehingga 3 tahun selain denda sehingga RM100,000 (RM13,111) atau kedua-duanya sekali. – AGENSI