fbpx
SUSPEK ditangkap selepas menyimbah asid. - Foto KhaoSod

2 pelancong Malaysia dibakar di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang bekas petinju Thailand didakwa menyimbah dua pelancong Malaysia dengan cecair mudah terbakar dan membakar mereka di hadapan se­buah pusat beli-belah terkenal di Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Orang awam yang prihatin se­gera bertindak menahan penye­rang sebelum anggota-anggota polis tiba.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) kel­ma­rin, di Jalan Ratchadamri, Lum­pini, di hadapan sebuah pusat beli-belah mewah yang terkenal.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Worakorn Phabthaisong, 30, dari wilayah Sa Kaeo.

Polis menemui sebotol plastik 1.5 liter yang berisi sejenis cecair dan pemetik api yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia masing-masing berusia 26 tahun dan 27 tahun, dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Saksi memberitahu polis me­re­ka melihat Worakorn berbual de­ngan pasangan tersebut sebelum beredar.

Beberapa minit kemudian ke­tika mangsa duduk di tangga pu­sat beli-belah itu, suspek kem­bali, menyimbah cecair mudah terbakar pada mereka, sebelum dia menya­lakannya dengan pemetik api.

Api marak menyambar kedua-dua pelancong tersebut yang kemudian berlari menyelamatkan diri.

Orang awam segera campur tangan, mengejar dan menahan Wo­rakorn sehingga polis tiba.

Suspek dibawa ke Balai Polis Lumpini untuk disoal siasat di mana dia didakwa mengaku melakukan perbuatan itu.

Menurut polis, suspek men­dak­wa dia tidak mempunyai se­ba­rang konflik peribadi dengan mangsa.

Sebaliknya, dia menyalahkan tin­dakannya itu kerana tertekan akibat menganggur dan tidak ma­kan.

Suspek memberitahu polis ba­hawa dia pernah menjadi petinju dan baru-baru ini bekerja se­bagai pengawal keselamatan, namun telah dipecat.

“Saya sangat tertekan. Saya tia­da duit, tiada makanan, tiada kerja.”

Siasatan mengesahkan Worakorn negatif ujian dadah.

Dia didakwa dengan cu­baan membunuh dengan pe­ga­wai dari Jabatan Pem­bangunan Sosial dan Kese­la­matan Manusia membantu da­lam kes itu, lapor portal berita KhaoSod. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI