fbpx
Eda Ezrin (kiri) keluar dari Balai Polis Rantau Panjang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

[VIDEO] Eda Ezrin akhirnya pulang ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 33, dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing malam ini.

Kedua-dua wanita yang menjalani tahanan selama lebih sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand itu dibebaskan selepas memberi lebih tiga jam memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang di sini.

Nur Aida keluar dari balai itu sebelum menaiki sebuah kereta keluarganya pada pukul 11.30 malam diikuti Eda Ezrin kira-kira 10 minit kemudian.

Eda Ezrin yang memakai jubah berwarna hitam kelihatan sempat berpelukan dengan ibunya, Zahara Mamat, 47, sebaik sahaja keluar dari pintu balai polis sebelum menaiki sebuah kereta jenis Honda City Hatchback keluarga mentuanya.

Nur Aida pula dijemput oleh keluarganya yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HR-V.

Pihak polis hanya membenarkan masing-masing sebuah kereta untuk mengambil Eda Ezrin dan Nur Aida di pekarangan balai polis itu.

Pihak media dan ahli keluarga yang lain hanya menunggu di luar balai polis.

Usaha pihak media untuk menemubual Eda Ezrin gagal apabila dia sendiri dikatakan enggan bercakap dan bertemu dengan wartawan yang berkampung di depan balai polis itu.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, hanya Eda Ezrin dan Nur Aida dibebaskan dan pulang ke Kelantan pada malam ini.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok berkata, empat lagi rakyat Malaysia, suami kepada Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35,l, suami Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, Eridieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di pejabat tersebut.

Menurutnya, empat rakyat Malaysia itu masih belum melengkapkan beberapa dokumentasi di pejabat imigresen sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

“Penyanyi, Eda Ezrin dan Aida dibenarkan pulang ke Kelantan malam ini. Empat lagi rakyat Malaysia pula perlu melengkapkan beberapa dokumentasi lagi.

“Jadi, hanya dua rakyat Malaysia boleh pulang hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI