fbpx
Rusdi pada sidang akhbar Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Terima ‘parcel’ ganja, Rita Sosilawati diminta tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati diminta tampil membantu siasatan berhubung dakwaan taktik penipuan terbaharu melibatkan bungkusan mencurigakan didakwa mengandungi ganja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tersebut.

“Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan polis (secara terus kepada pihak JSJK) supaya siasatan boleh dilakukan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan anak kepada kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa telah dianiaya apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman ahli keluarganya daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, kes terbabit berlaku apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan.

Katanya, meskipun alamat yang tertera pada bungkusan merupakan kediaman adiknya, namun nama penerima tidak dikenali oleh keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI