fbpx
Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah.

Tawar ‘doorgift’ roti tak wujud, wanita didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang wanita didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, selepas mengaku salah menawarkan pembelian ‘doorgift’ tidak wujud, di sini, Januari lalu.

Majistret Norshazwani Ishak menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Nur Ain Mohd Abd Razak, 33, membuat pengakuan bersalah berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan.

Majistret turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang wanita berusia 23 tahun untuk membuat bayaran sebanyak RM2,610 secara tunai kepada tertuduh bagi tujuan bayaran pembelian doorgift (roti jenama terkenal) yang tidak wujud.

Perbuatan itu dilakukan antara 2 Januari hingga 7 Mac di Taman Areca, di sini dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Adam Hasan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI