fbpx
Anwar ketika hadir pada majlis pelancaran edisi terjemahan ke-30 dalam bahasa Rusia di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Kerajaan sokong usaha terjemahan al-Quran kepada 30 lagi bahasa asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan komited dan akan memberi sokongan penuh termasuk peruntukan dana bagi menggerakkan usaha menghasilkan al-Quran terjemahan dalam 30 lagi bahasa asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyokong usaha Yayasan Restu itu menerusi Kompleks Nasyrul Quran, di sini.

“Dia (Yayasan Restu) minta dana tambahan jadi, tentunya untuk ikhtiar ini saya bagi pihak Kerajaan Madani tentunya akan memberikan seluruh hubungan dan kerjasama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Percetakan Al-Quran dan Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Rusia dan Pelancaran Mushaf Al-Ummah Al-Jami’ di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, Projek 1 Juta Naskhah al-Quran yang diilhamkan pada tahun 2023 telah diterjemahkan dalam 30 bahasa dengan bahasa Rusia yang paling terbaharu.

Anwar berkata, dalam setiap negara yang dikunjungi termasuk Peru, Brazil, Kemboja, Laos, China dan Rusia, beliau sentiasa membawa bersama al-Quran terjemahan itu untuk diagihkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI