fbpx
PENGGUNA mahu satu kaedah baharu diguna bagi menggantikan Peraturan 78 dalam pinjaman termasuk perumahan. - GAMBAR HIASAN

Bayar hutang ‘lump sum’ tak untung, rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai pengguna mahu Peraturan 78 yang mensyaratkan faedah pinjaman pada tahun-tahun awal pembiayaan dimansuhkan kerana ia hanya menguntungkan sebelah pihak iaitu institusi perbankan.

Rata-rata pengguna yang ditemui mahu satu kaedah lain diperkenalkan yang turut memberi kelebihan kepada peminjam, bukannya membebankan mereka dalam jangka masa panjang.

Di Kuala Terengganu, seorang pengguna, Mohd. Hashim Jusoh, 45, berkata kaedah Peraturan 78 tidak menggalakkan peminjam melangsaikan pembiayaan awal.

In kerana katanya, baki amaun perlu dibayar kelak tidak jauh berubah dengan pinjaman dite­rima walaupun sudah bertahun-tahun dibayar.

“Memang pihak bank memberikan rebat tetapi kadar diberikan terlalu kecil dan tidak berbaloi biasanya tidak sampai RM300.

“Prosedurnya juga rumit dan memakan masa untuk berurusan dengan pegawai bank. Rasanya proses permohonan pinjaman lagi mudah daripada membayar awal.

Akhirnya saya bayar sahaja ikut pelan asal pembiayaan peribadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd. Hisham yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, negara sepatutnya mengikut jejak beberapa negara seperti Australia, New Zealand dan Britain yang memansuhkan Peraturan 78
.
Katanya, kaedah lain seperti baki berkurangan jauh lebih baik dan melindungi hak pengguna.

“Sebagai orang Islam, saya tidak mahu berhutang terlalu banyak dan terlalu lama tetapi sistem perbankan tempatan sama ada konvensional mahupun Islamik tidak menyebelahi pengguna,” katanya.

Di George Town, Pulau Pinang seorang pekerja swasta, Imran Hilmy Tawfik Hilmy, 47, berkata, kaedah Peraturan 78 dianggap satu pendekatan yang semakin ketinggalan zaman dan langsung tidak menguntungkan peminjam yang mahu mengurangkan bebankan kewangan isi rumah melalui pembayaran awal kepada bank.

Katanya, pembayaran awal pinjaman tidak memberi sebarang faedah mahu pun membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka ketika ini selagi Peraturan 78 tidak dihapuskan.

Ujarnya, dia masih menanggung bebanan hutang dalam tempoh panjang bagi pembelian perumahan, pinjaman peribadi dan ansuran motosikal.

“Bagi saya, Peraturan 78 yang masih diguna pakai di negara ini sepatutnya dihapuskan kepada pengguna yang ingin memendekkan bayaran pinjaman lebih awal dari tempoh yang ditetapkan supaya mengelak bebanan hutang isi rumah dan risiko bankrap.

“Bagi saya, bayar awal pun tak beri apa-apa kebaikan, malah ia merugikan lagi pengguna yang ingin melangsaikan pinjaman lebih awal dari tempoh yang ditetapkan pihak bank.

“Di negara maju seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand sudah pun mengha­ramkan penggunaan Peraturan 78 ini dalam pengiraan pembayaran faedah pinjaman. Malaysia bila lagi?” katanya.

Seoang lagi pengguna, Faridah Abdullah, 54, memberitahu, pemansuhan Peraturan 78 memang ditunggu-tunggu kerana ia bukan sahaja dapat melangsaikan pinjaman dengan lebih awal malah dapat mengurangkan faedah yang perlu ditanggung.

“Peraturan 78 sudah tidak re­levan untuk diguna pakai ketika rakyat hari ini berdepan dengan kos sara hidup tinggi dan bebanan hutang yang banyak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN