PETALING JAYA – Umat Islam dinasihatkan agar tidak menamakan haiwan peliharaan, khususnya kucing, dengan nama-nama nabi atau manusia.
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, perbuatan berkenaan adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.
“Jangan letak nama binatang dengan nama nabi. Haram, mengikut ijmak ulama. Nama manusia pun dilarang,” jelasnya.
Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Arwah abah saya memang tak bagi namakan haiwan dengan nama-nama manusia,” ujar @MadamBEN.
“Alhamdulillah semua kucing aku dari dulu tiada letak nama manusia pun. Macam tak elok letak nama manusia rupanya gerak hati betul,” kata @KakLongBoRneo.
“Tak pernah letak nama kucing aku nama orang, sebab dari kecil mak pesan jangan letak nama orang, kata orang tua-tua dulu nanti kucingnya cepat mati,” komen @Pawana_salju. – KOSMO! ONLINE
@ujangoyen Ujang : Nampaknya ada yang nak kena tukar nama ni 😻 #kucing #kucingtiktok ♬ original sound – ilmi hub














