fbpx
Tangkap layar makanan yang dipesan lelaki berkenaan.

[VIDEO] Ayam saiz pemadam lapan ketul RM5?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan kekecewaan apabila makanan yang dipesan iaitu pasta cabonara serta aglio olio ditambah ayam panggang langsung tidak seperti yang digambarkan.

Ini kerana kata lelaki berkenaan, pasta ayam yang diletakkan dalam pasta berkenaan terlalu kecil dan tambahan ayam panggang yang dipesan juga kecil walaupun terpaksa membayar ekstra RM5.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, lelaki berkenaan telah memesan makanan tersebut dari sebuah kedai pasta terkenal.

“Korang tahu tak aku dapat chicken grill (ayam panggang) lapan ketul macam ni je. Takkan lapan ketul macam ini pun RM5?

“Kau meniaga macam mana? Memang ada lapan ketul, tapi apa benda lapan ketul macam ni (ayam kecil),” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terkejut dengan menu yang dipesan lelaki tersebut yang tidak sepadan harga yang dibayar hampir RM50.

“Saiz ayam dah macam pemadam anak tadika saya yang dah pakai seminggu,” komen Rosliza Ramli.

“Besar pemadam anak kat rumah je (ayam panggang) tu,” kata Akak Mandarin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Arianna Anatasha Maksu.

“Dah macam chicken cube (kiub ayam) yang kucing aku makan je ayam lapan ketul tu,”selorohnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI