fbpx
Saarani (kanan) beramah mesra pada majlis perasmian Nadwah Mendepani Cabaran Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Kerangka Syariah Peringkat Kebangsaan di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Teknologi AI perkukuh perkhidmatan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak memulakan pendedahan awal tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada warga pentadbir agama dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan agama di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memulakan usaha itu kepada warga jabatan untuk meneroka potensi AI.

Katanya, langkah memperkukuhkan perkhidmatan agama itu termasuklah membangunkan pembantu maya berteraskan syariah yang mampu menjawab soalan hukum asas 24 jam sehari dengan rujukan sahih.

“Serta membantu menyaring kandungan media sosial yang menyeleweng sebelum ia menular,” katanya semasa berucap dalam nadwah mendepani cabaran AI dalam kerangka syariah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Selain itu, beliau melihat AI berpotensi membantu urus tadbir agama seperti pengurusan masjid, analisis kehadiran jemaah serta platform dakwah pintar berdasarkan sahih.

“Di negeri Perak sendiri, langkah memperkasa teknologi digital dalam perkhidmatan agama telah digerakkan secara menyeluruh.

“Melalui kerjasama kerajaan negeri dan JAIPk, Portal Perak Digital 2.0 menyediakan fungsi e-derma dengan kod QR khusus untuk masjid-masjid bagi membolehkan umat Islam menyalurkan sumbangan dengan selamat, telus, dan pada bila-bila masa. Usaha ini akan diperluaskan ke lebih banyak masjid dan rumah ibadat di seluruh negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI