fbpx
BE THU Be dituduh memiliki dan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

Tauke dadah Vietnam berdepan hukuman mati edar, miliki dadah 5kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga Vietnam berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah seberat lebih 5 kilogram (kg), dua minggu lalu.

Tertuduh, Vo Thi Be Thu, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, A. Shaarmini. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan atas pertuduhan itu kerana ia merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa mengedar dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat 5,286 gram di sebuah apartmen dekat Persiaran Sutera Danga, di sini, kira-kira pukul 2 petang, 25 Julai lalu.

Di mahkamah sama, dia mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki 20 gram dadah MDMA dan 9 gram dadah ketamin di lokasi, pada masa dan tarikh yang sama.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid pula, tertuduh sama didakwa memiliki 11 gram ketamin di sebuah unit rumah lain dekat apartment sama, pada kira-kira pukul 3.20 petang, tarikh sama.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibacarakan bagi pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 selepas dibacakanterhadapnya. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Manushri Suthakar dan Siti Aishah Latif.

Kedua-dua majistret tidak menawarkan sebarang jaminan, selain menetapkan tarikh 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan.

Sementara itu, dua lagi pertuduhan terhadap tertuduh di hadapan Majistret, Nabilah Nizam, telah ditangguhkan kepada 27 Ogos depan sementara menunggu jurubahasa Vietnam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI