fbpx
FASHA Sandha tidak ambil hati apabila tidak dikenali seorang wanita, bahkan lebih lucu, wanita sama mahu menjodohkan Fasha dengan anak lelakinya.

‘Tak boleh anggap semua orang Malaysia kenal kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Bukan semua orang kenal saya”.

Demikian kata pelakon popular Fasha Sandha yang tidak kisah tidak dikenali orang ramai meskipun sudah bekerja dalam industri seni selama 22 tahun.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkemungkinan kerana imej terbaharunya membuatkan orang ramai tidak mengenalinya apabila berada di luar waktu kerja sebagai selebriti.

“Disebabkan penampilan baharu (berhijab) dan ditambah saya tidak bersolek seperti mana ketika muncul di televisyen jadi orang tidak ‘cam’ saya.

“Saya tidak kisah pun orang tidak kenal saya. Kita tidak boleh anggap semua orang Malaysia kenal kita.

“Mungkin ada orang yang tidak tonton drama dan memilih untuk tonton program lain seperti program agama. Jadi, kalau tidak dikenali bukanlah perkara yang mengejutkan,” ujarnya.

Tambah bintang drama Rampas Cintaku itu, sudah menjadi sikapnya sejak dahulu lagi jika diluar waktu bekerja dia tidak membawa dirinya sebagai seorang selebriti.

“Jika tidak bekerja, saya menjadi diri sendiri dan sama sahaja seperti orang biasa. Saya akan pandu kereta dan pergi pasar. Sejak dulu memang begitu,” tutut Fasha.

Terdahulu tular momen seorang wanita warga emas tidak mengenali dirinya sebagai selebriti, malah lebih melucukan wanita itu mahu menjodohkan Fasha bersama anak lelakinya.

Berkata tentang kejadian yang turut dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Fasha berkata momen tersebut mencuit hatinya.

“Saya terkejut juga sebab ketika itu sedang buat ‘content’ untuk kedai sepupu saya, tetapi mak cik itu pula mahu ‘kenenkan’ saya dengan anaknya.

“Kemudian, anak mak cik itu DM saya di Instagram minta maaf kerana ibunya tidak kenal saya,” tutur Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran Kopi Saigon di pusat beli-belah MyTown, Cheras, di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Fasha dan Aidil kini menceburi bidang perniagaan F&B dengan menjadi pemilik cawangan ke-208 Kopi Saigon di MyTown.

Demi membuka perniagaan tersebut, Fasha dan Aidil melaburkan wang simpanan sekitar RM200,000. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI