fbpx
ADZLI (tengah) di lokasi kejadian di Taman Golf, Alor Setar hari ini.

Suspek kes langgar koperal hingga maut ada 77 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kumpulan penjenayah yang dicekup selepas merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam kejadian pecah rumah di Taman Golf, di sini hari ini dipercayai berasal dari Johor.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, empat suspek lelaki berusia antara 24 hingga 26 tahun itu memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

“Dalam keadaan usia yang masih muda mereka mempunyai banyak rekod jenayah dengan suspek berusia 26 tahun didapati mempunyai 77 rekod, kebanyakannya kes pecah rumah dan curi kereta serta beberapa kes dadah.

“Seorang lagi suspek mempunyai 30 rekod, manakala dua lagi ada enam dan dua rekod lampau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Taman Golf, di sini hari ini.

Katanya, kumpulan penjenayah itu dipercayai aktif melakukan jenayah dan pihaknya masih menyiasat sama ada mereka datang ke negeri semata-mata untuk melakukan jenayah atau sebaliknya.

“Kita juga sedang menyiasat sama ada mereka melakukan pecah rumah ini secara rawak atau ada maklumat daripada rakan jenayah lain.

“Ketika kejadian, rumah yang dipecah masuk penjenayah tidak berpenghuni dan kita juga masih menyiasat lanjut jika ada sebarang barangan yang hilang. Suspek bagaimanapun tidak sempat melarikan satu peti besi,” ujarnya.

Jelasnya, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus yang digunakan suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan juga akan dilakukan sama ada suspek ada terlibat dalam kes pecah rumah lain di negeri ini,” jelasnya.

Tambahnya, semua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk proses reman pada esok dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang tadi, anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut akibat dirempuh dan digilis SUV jenis Lexus dinaiki sekumpulan penjenayah di Taman Golf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI