fbpx
MUHAJIRIN dipenjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas didapati bersalah merogol anak jirannya, lima tahun lalu.

Pengait sawit dijel 10 tahun, dua sebatan perkosa anak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Perbuatan keji seorang buruh sawit memperkosa anak jirannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila lelaki itu terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Sayani Mohd Nor membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi tertuduh, Muhajirin Kasim, 41, yang dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan lelaki yang masih bujang itu dikenakan dua sebatan dan hukuman penjara 10 tahun itu berjalan pada tarikh sabitan hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak berusia 11 tahun ketika kejadian dalam bilik rumahnya di Segamat, 10.30 malam, 26 Jun 2020.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa diminta ibunya menghantar kuih ke rumah jiran yang uzur. Mangsa kemudian pulang sebaik menghantar dan ketika dalam perjalanan, mangsa terserempak dengan tertuduh.

Tertuduh kemudian mengajak mangsa masuk dalam rumah sebelum memintanya baring atas katil. Tanpa diduga, tertuduh menyuruh mangsa menonton video lucah dalam telefon bimbitnya.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk merogol dan mangsa pulang ke rumah lalu menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Shuhadah Mahzan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI