fbpx
Antara alasan yang diberikan murid sekolah rendah akibat lewat ke sekolah.

Lewat ke sekolah sebab mak suruh masukkan ikan dalam akuarium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mak suruh masukkan ikan dalam akuarium,” itu alasan yang diberikan seorang murid sekolah rendah apabila ditanya pengawas bertugas sebab datang lewat ke sekolah.

Selain itu, terdapat juga beberapa alasan lain yang diberikan oleh sekumpulan murid ketika nama mereka dicatatkan dalam buku salah laku akibat lewat tiba di sekolah.

Antaranya tidur lewat, bangun lambat, jalan sesak dan ada juga menyalahkan ahli keluarga yang lain.

“Ayah lambat balik rumah, abang dan kakak bangun lambat serta mak masak nasi goreng,” antara alasan diberikan oleh murid yang lewat.

Lebih menghiburkan ada yang memberi alasan bermain sabun sehingga menyebabkan dia lewat untuk hadir ke sekolah.

Senarai alasan itu dikongsikan seorang pengguna Thread @syaa.waniey dan meraih lebih 200 perkongsian.

Perkongsian itu turut meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, rata-ratanya menganggap alasan murid itu jujur dan tidak dibuat-buat.

“Paling jujur abad ini! Budak lain mungkin akan kata ‘tertinggal bas’ atau ‘bangun lambat’, tapi dia bagi jawapan ‘rare’, salahkan mak masak nasi goreng pagi-pagi,” kata Muse.

“Ini baru dinamakan ‘ikan lebih penting dari sekolah’. Tapi comel la dia,” tulis Haziq.

Namun, ada juga yang melihat perkara itu dari sudut lebih serius dengan menyarankan ibu bapa agar membantu anak-anak merancang rutin pagi supaya tidak mengganggu waktu persekolahan.

“Ibu bapa kena main peranan ajar anak tidur awal, bangun cukup waktu. Supaya jadual mereka teratur. Sebab banyak betul alasan bangun lambat, tidur lewat dalam buku tu,” tegur Syafiqah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI