fbpx
Zambry (gambar) melawat reruai selepas merasmikan 32nd IEEE International Symposium on the Physical and Failure Analysis of Integrated Circuits (IPFA 2025) di Bayan Lepas, hari ini.

‘Kita tak pernah korbankan kuota ditetapkan universiti’  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dakwaan kononnya institusi pengajian tinggi di negara ini dipenuhi pelajar dari China sehingga menutup peluang pelajar tempatan disifatkan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dasar pengambilan pelajar di institusi pengajian tinggi kekal memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan dan tidak pernah dikorbankan demi pelajar antarabangsa.

“Itu tidak benar (lambakan pelajar warga China), kita tidak pernah langsung mengorbankan dari segi kuota yang ditetapkan Unit Pusat Universiti (UPU) kita.

“Dasar kita jelas, keutamaan universiti awam adalah untuk anak-anak Malaysia. Kalau UPU tetapkan pengambilan 50,000 pelajar tempatan, maka jumlah itu akan tetap dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan 32nd IEEE International Symposium on the Physical and Failure Analysis of Integrated Circuits (IPFA 2025) di sini, hari ini.

Zambry mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang sebelum ini membangkitkan isu berkenaan. Ka Siong ketika memetik statistik dari kajian Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap), badan pemikir MCA, menyifatkan perkara itu sebagai trend yang membimbangkan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk pertemuan atau perbincangan sekiranya ada kekeliruan, dan beliau menasihatkan agar isu berkenaan tidak dijadikan polemik yang boleh mencetus keresahan dalam kalangan rakyat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN