fbpx
ISMAIL (tengah) menunjukkan ayam sejuk beku yang dirampas ICQS Padang Besar pada 26 Julai lalu.

Kastam rampas 55,572 kg ayam sejuk beku di ICQS Padang Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 55,572 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai RM833,580 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, dekat sini pada 26 Julai lalu.

Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas kontena membabitkan dua lori kira-kira pukul 3.20 petang. Ayam sejuk beku tersebut disyaki tidak mematuhi peraturan import ditetapkan selain status halal yang mencurigakan.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, pihak terlibat disyaki menipu dengan membawa semua ayam itu ke Thailand dan membawa masuk semula ke negara ini bagi mendapat pengurangan cukai.

“Pemindahan itu menggunakan Borang Kastam 8 dan kita dapat lihat country of origin adalah dari negara lain.

“Kita seterusnya memerhatikan suspek tidak masuk ke Thailand tetapi berpatah balik masuk melalui mesin pengimbas sebelum ditahan penguat kuasa ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, ayam sejuk beku tertakluk kepada permit di bawah Butiran Satu, Bahagian Satu Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Katanya, modus operandi digunakan suspek adalah dengan membuat pengikraran yang tidak benar bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 133 (1)(a)Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI