fbpx
Asher maut ditanduk kerbau Cape (kanan). - Facebook/The Tab

Jutawan pemburu maut ditanduk kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Seorang pemburu berstatus jutawan dari Amerika Syarikat(AS) maut  ditanduk seekor kerbau dalam insiden di kawasan safari di Afrika Selatan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Ketika kejadian, Asher Watkins, 52,  sedang menjejaki seekor kerbau jantan spesies Cape Buffalo seberat 1.3 tan dikenali sebagai Black Death.

Dia berada di kawasan perburuan Bambisana seluas 20,234 hektar Ahad lalu apabila haiwan itu tiba-tiba menerjah ke arahnya pada kelajuan 56 kilometer sejam.

Kerbau itu menanduknya dan mangsa mati di tempat kejadian.

“Pada Ahad lepas semasa berada di kawasan safari untuk memburu bersama kami di wilayah Limpopo, Asher meninggal dunia akibat serangan secara tiba-tiba dan tanpa provokasi oleh seekor kerbau.

“Mendiang menjejaki haiwan liar bersama seorang pemburu profesional dan penjejak kami,” kata pusat safari pemburuan Afrika, Coenraad Vermaak Safaris.

Seekor kerbau Cape boleh mencapai berat 1.5 tan dan berukuran 3.3 meter panjang serta tinggi 167 sentimeter. 

Haiwan ini sukar diramal dan bersikap agresif, manakala pemangsanya cuma manusia serta singa. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI