fbpx
Allahyarham Zara Qairina.

Jangan sebar gambar, maklumat palsu Zara Qairina – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan penyebaran maklumat palsu dan gambar kanak-kanak dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir, akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan sedia ada.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM kekal komited memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara demi kepentingan bersama.

Menurut beliau, pihaknya mengesan wujudnya penyebaran maklumat dan gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes tersebut oleh pihak tertentu di media sosial.

“Maklumat yang dikongsi adalah tidak tepat dan berpotensi mengelirukan orang awam.

“Tindakan sebegini bukan sahaja boleh menjejaskan perjalanan siasatan yang sedang berlangsung, malah berupaya mengganggu keadilan kepada semua pihak.

“Untuk makluman, segala proses siasatan termasuk isu bedah siasat (post-mortem) dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Khalid berkata, semua pihak dinasihatkan menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat tidak sahih, termasuk pendedahan maklumat berkaitan siasatan kes ini.

“Pematuhan kepada undang-undang adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan negara.

“Sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan sedia ada,” tegasnya.

Tambahnya, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI