fbpx
Kawasan Kolam 1 dan 2 Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi program Cabaran Joran Selangor 2025.

Hadiah RM25,000 menanti di Cabaran Joran Selangor gegar UPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawasan Kolam 1 dan 2 Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini bakal menjadi medan pertarungan kaki pancing dari seluruh negara apabila Cabaran Joran Selangor 2025 akan diadakan Ahad ini dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM25,000 menanti para pemenang dalam pertandingan tersebut yang dijangka sengit di tengah-tengah kehijauan landskap kampus UPM.

Juara membawa pulang RM10,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000. Lebih menarik, ranking hadiah turut disediakan sehingga ke tempat ke-100, menjadikan peluang menang terbuka kepada semua peserta.

Yuran penyertaan hanya RM70 untuk satu joran dua mata, tetapi pulangannya besar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings, Shahrulnizam Md. Sharif berkata, pertandingan ini bukan sekadar sukan memancing.

“UPM bukan hanya pusat akademik, tetapi juga destinasi pelancongan hijau yang ideal untuk riadah seisi keluarga,” katanya.

Program ini dianjurkan oleh Lestari Events dan UPM Holdings, dengan sokongan penuh Tourism Malaysia, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2025.

Ia turut menjadi platform terbaik mempromosikan sukan memancing sebagai produk pelancongan domestik yang semakin mendapat perhatian.

Penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 500 pemancing bagi memeriahkan lagi acara ini.

Pendaftaran dibuka bermula Sabtu ini dari pukul 3 petang hingga 7 malam dan disambung pagi acara mulai 6.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi urus setia di talian 013-2667011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI