fbpx
Basri (kanan) ketika operasi di sebuah pusat hiburan di Butterworth, awal pagi tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GRO kantoi sorok dalam lubang rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Cubaan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing menyembunyikan diri dalam lubang rahsia gagal selepas sebuah pusat hiburan di Butterworth, di sini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi, awal pagi tadi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Basri Osman berkata, seramai 110 individu diperiksa, dan 37 daripadanya terdiri daripada 35 wanita serta dua lelaki warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Tangkapan dibuat ke atas dua lelaki dan seorang wanita warga China, manakala 19 lagi warga Vietnam, 14 warga Thailand dan seorang warga Laos yang berusia antara 23 hingga 45 tahun.

“Selain itu, kita turut menemui sejumlah besar wang tunai yang dipercayai digunakan sebagai bayaran untuk GRO yang bertugas.

“Siasatan awal mendapati premis terbabit mengenakan bayaran antara RM250 hingga RM300 sejam,” katanya di sini, awal pagi tadi.

Jelasnya, ruangan rahsia yang terletak di dalam setiap bilik karaoke itu turut ditutupi dengan sofa dan pembesar suara bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

“Terdapat sepuluh bilik karaoke di premis yang terletak di tingkat tujuh ini dan semuanya dilengkapi dengan ruang rahsia bagi memudahkan mereka menyembunyikan diri.

Premis yang beroperasi lebih setahun itu turut dikawal ketat malah kehadiran pihak berkuasa dipercayai dimaklumkan lebih awal oleh tonto.

“Kita berdepan dengan kesukaran kerana bukan sahaja terpaksa memecahkan pintu susulan laluan utama dikunci selain lif turut dimatikan sebagai taktik menggagalkan serbuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI