fbpx
MAGUIRE memiliki baki kontrak semusim sahaja lagi di Old Trafford dan rundingan kontrak baharu bakal berlangsung. - AFP

EPL: Maguire terima lima tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire dilapor telah menolak lima tawaran perpindahan daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Serie A selepas memberi bayangan mahu menamatkan kariernya di Old Trafford.

Menurut laporan, tiga kelab EPL dan dua pasukan Serie A telah menghubungi wakil Maguire, namun diberi bayangan awal bahawa peluang untuk melihat pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Old Trafford musim ini amat tipis.

Kontrak semasa Maguire yang bernilai £190,000 (RM1.07 juta) seminggu akan tamat pada penghujung musim ini, tetapi The Red Devils dijangka akan memulakan rundingan lanjutan dalam masa terdekat.

Meskipun belum ada perbincangan rasmi, sumber menyatakan United berhasrat mengekalkan Maguire, terutama selepas prestasi meyakinkan pemain itu di bawah kendalian Ruben Amorim musim lalu.

Maguire sebelum ini hampir berpindah ke West Ham pada 2023 selepas digugurkan sebagai kapten oleh Erik Ten Hag, namun bangkit sebagai tonggak pertahanan utama Amorim dan turut menjaringkan gol kemenangan dramatik menentang Lyon dalam suku akhir Liga Europa.

Bekas pengurus United, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer yang kini berada di Turki, turut dikaitkan dengan minat membawa Maguire ke Fenerbahce dan Besiktas, manakala Galatasaray, Marseille dan Monaco juga dilaporkan memantau situasi tersebut.

Difahamkan, Maguire berhasrat mengikut jejak legenda seperti Denis Irwin, Bryan Robson dan Steve Bruce yang menjadi watak penting dalam sejarah kelab, selepas dibeli dari Leicester City pada 2019 dengan rekod dunia £80 juta (RM449.28 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI