fbpx
Pejabat Imigresen Sungai Golok, Sungai Golok di Thailand. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dijangka tiba di Sungai Golok petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Penyanyi Bae Sobar Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan dijangka tiba di Sungai Golok petang ini.

Mengikut sumber, trak polis dari Balai Polis Sungai Golok di sini sudah bergerak ke Penjara Pusat Wilayah Narathiwat untuk mengambil Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, kira-kira pukul 9.35 pagi waktu tempatan.

Menurutnya, kesemua rakyat Malaysia itu perlu menjalani urusan dokumentasi sebelum dibawa semula ke Balai Polis Sungai Golok di sini.

“Mereka kemudian akan dibawa ke Pejabat Imigresen Sungai Golok di sini sebelum mereka dihantar ke imigresen Sungai Golok yang merupakan sempadan Thailand-Malaysia.

“Kemungkinan mereka akan masuk ke Kelantan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang selepas itu,” katanya.

Media semalam melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kesemua mereka sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka akan memberi keterangan dan melakukan ujian saringan air kencing.

Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI