fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Syarikat bekalan air Perlis, Kedah, Kelantan gagal capai KPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat bekalan air di Perlis, Kedah dan Kelantan mencatatkan prestasi kurang memuaskan kerana gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, prestasi terbaik adalah syarikat air di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

“Tumpuan sekarang adalah memastikan syarikat air di negeri berkenaan mencapai KPI terbaik. Ia penting untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kurangnya aduan pengguna.

“Jadi apa pun yang kita buat, sudah pasti kita memfokuskan kepada rakyat supaya tidak membebankan khususnya pengguna domestik iaitu rakyat terbanyak,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) sama ada kerajaan akan menyelaraskan struktur tarif air negeri dalam jangka masa panjang.

Fadillah berkata, KPI ditetapkan itu adalah syarikat air mesti menetapkan margin simpanan, kualiti air yang terawat, Program Air Tidak Terhasil (NRW), penyelesaian aduan dan tempoh pembaikan.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukan perbelanjaan modal (CAPEX) RM7.7 billion bagi Tempoh Pelaksanaan Kedua (TP2) dengan meluluskan 82 projek untuk memastikan perkhidmatan air dalam keadaan baik.

Kata beliau, daripada 82 projek terlibat, 23 projek untuk kecukupan bekalan air, 20 projek untuk peningkatan kualiti air, 20 projek pengurangan kadar air tidak terhasil, 16 projek penambahbaikan sistem agihan dan lain-lain tiga projek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI