fbpx
Muhammad Syafiq bergambar di hadapan pusat jagaan terbabit.

‘Dalam sebulan, 50 permohonan untuk letak warga emas di sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dalam sebulan, pusat jagaan saya menerima 50 permohonan untuk letak warga emas.

Itu pendedahan Setiausaha Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Muhammad Syafiq Mohiadin berkenaan isu warga emas yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri.

Bagaimanapun karanya, pusat terbabit tidak mampu mengambil permohonan itu atas pelbagai faktor termasuklah soal kewangan

“Masalah warga emas dipinggir dan diabaikan oleh darah daging sendiri semakin banyak berlaku dan kita perlu melakukan sesuatu agar mereka dapat melalui hari tua dengan bahagia.

“Warga emas emas terabai ini termasuk anak-anak yang menghantar orang tua yang sakit ke hospital dan dibiarkan dalam wad tanpa dijemput semula.

“Saya pernah terjumpa kes seorang warga emas yang dibiarkan selama 200 hari di hospital,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Gabungan Rumah Kebajikan Perpaduan Negeri Selangor (Pakar) berkata, isu pengabaian orang tua ini akan berterusan jika ia tidak diperjuangkan secara serius dan konsisten.

Jelasnya, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat pemotongan khas melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk warga emas ke atas anak-anak yang didapati telah mengabaikan ibu bapa mereka.

“Apabila mekanisme ini dilaksanakan, sekurang-kurangnya orang tua ini ada sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan dan boleh digunakan untuk menanggung keperluan mereka yang dijaga di pusat jagaan.

“Kalau anak-anak enggan menjaga ibu bapa mereka, kami boleh menjaga dan merawat mereka dengan menggunakan duit yang dipotong menerusi akaun KWSP,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI