fbpx
Gambar hiasan.

Bunuh sebelum tanam mayat di tapak pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Bahana mabuk mengakibatkan seorang lelaki warga asing mati dibunuh sebelum mayatnya ditanam di tapak pelupusan sampah di Bandar Sentosa di sini, baru-baru ini.

Perkara itu terbongkar selepas maklumat berhubung kejadian itu dimaklumkan seorang wanita warga asing pada 23 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan KamalAriffin Aman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah kedai pada 20 Julai lalu.

Katanya, hasil siasatan menunjukkan mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun yang telah ditikam di dada dan leher oleh teman serumahnya.

“Semasa kejadian, seramai tujuh lelaki dan wanita yang kesemua warga asing berada di ruang tamu rumah itu.

“Perselisihan faham antara suspek dan mangsa semasa minum minuman beralkohol telah mencetuskan pertengkaran mulut sebelum mangsa ditikam sehingga mati,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau menambah, enam lelaki yang berada di rumah tersebut telah membawa dan menanam mangsa di kawasan tapak pelupusan sampah yang jaraknya satu kilometer dari rumah tersebut.

Ujarnya, hasil maklumat diterima kemudiannya membawa penahanan tujuh individu termasuk dua wanita warga asing berusia 20 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan.

“Susulan itu, turut membawa penemuan mayat mangsa dan senjata pisau digunakan semasa kejadian.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh terhadap suspek utama berusia 34 tahun di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Klang esok (hari ini),” katanya.

Jelasnya, suspek utama itu bersama empat lagi lelaki juga akan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI