KUALA LUMPUR – Bayaran pencen secara bulanan hanya terpakai untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
“Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan.
“Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan,” katanya sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurutnya, ahli KWSP sedia ada diberi pilihan untuk memilih pelaksanaan bayaran pencen bulanan secara sukarela.
Katanya, itu adalah hak pengeluaran penuh ahli KWSP sedia ada, malah tidak akan terkesan dengan cadangan struktur baharu itu. – KOSMO! ONLINE