fbpx
Wan Ismail (kiri) semasa tiba di ICQS Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

Bapa tunggu Eda Ezrin kepulangan di ICQS Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Bapa kepada penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menunggu kepulangan wanita itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Ismail Wan Yusof, 52, tiba bersama isterinya, Zuraihan Mahmod, 36, kira-kira pukul 11.45 pagi.

Wan Ismail berkata,Eda Ezrin dijangka tiba di ICQS Rantau Panjang kira-kira pukul 3 petang.

”Saya dimaklumkan oleh pihak polis Thailand, Eda Ezrin akan tiba di sini petang ini.

“Saya akan bawa pulang Eda Ezrin ke rumah saya di Nilam Puri,” katanya kepada pemberita di ICQS Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Ismail memberitahu, dia akan membuat solat hajat dan majlis kesyukuran di Masjid Belukar Batu 8, Kota Bharu malam ini.

Media semalam melaporkan, Polis Diraja Malaysia akan memanggil kesemua mereka sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, mereka akan memberi keterangan dan melakukan ujian saringan air kencing.

Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI