fbpx
Dua anggota tentera tidak memakai topi keledar. - Istimewa

Askar selamba lintas polis tanpa pakai topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan dua anggota tentera menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar, lapor laman berita Detik semalam.

Lebih menjadi perhatian adalah kedua-dua mereka dirakam melintasi anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas.

Kejadian berlaku di i Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam.

Susulan rakaman tular itu, Komando Daerah Tentera XIV/Hasanuddin dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan menyelaras dengan kem kedua-dua askar tersebut bertugas.

“Seterusnya, kami akan mengenakan hukuman kepada anggota yang terlibat. Tentera komited menjalankan hukuman kepada anggota yang melanggar peraturan,” kata Ketua Penerangan Komando Wilayah XIV/Hasanuddin (Kapendam), Kolonel Awan Gatot Febrianto.

Sementara itu, Pegawai Peronda Unit Trafik Polis Kota Makassar, Mahir Dg Rani berkata, ketika kejadian, anggota trafik sedang mengawal lalu lintas.

“Anggota tentera berada di bawah undang-undang tentera.

“Jadi, mengenakan hukuman kepada mereka bukan di bawah bidang tugas polis, sebaliknya Polis Tentera Nasional Indonesia,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI