fbpx
Ahli keluarga keenam-enam rakyat Malaysia berkumpul di depan Balai Polis Sungai Golok, Sungai Golok hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Ahli keluarga 6 rakyat Malaysia berkumpul depan Balai Polis Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Sekumpulan individu dipercayai ahli keluarga kepada enam rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat berkumpul di depan Balai Polis Sungai Golok di sini hari ini.

Kesemua mereka dipercayai menunggu ketibaan kenderaan yang membawa Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dari penjara.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, trak polis dari Balai Polis Sungai Golok di sini sudah bergerak ke Penjara Pusat Wilayah Narathiwat untuk mengambil keenam-enam rakyat Malaysia itu kira-kira pukul 9.35 pagi waktu tempatan.

Menurut sumber, kesemua rakyat Malaysia itu perlu menjalani urusan dokumentasi sebelum dibawa semula ke Balai Polis Sungai Golok di sini.

“Mereka kemudian akan dibawa ke Pejabat Imigresen Sungai Golok di sini sebelum mereka dihantar ke imigresen Sungai Golok yang merupakan sempadan Thailand-Malaysia.

“Kemungkinan mereka akan masuk ke Kelantan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang selepas itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI