fbpx
Rita Sosilawati.

Saya doakan dia tak tenang, selamat dunia akhirat – Rita Sosilawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Anak kepada kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa telah dianiaya apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman keluarganya daripada individu tidak dikenali.

Taktik penipuan terbaharu itu didedahkan oleh anak sulung arwah, Erni Dekritawati Yuliana yang lebih mesra dikenali Rita Sosilawati.

Menurutnya, kes terbabit berlaku apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan.

“Scam terbaru, alamat rumah pun dah tak selamat. Semalam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) datang rumah adik.

“Mereka kesan parcel alamat rumah yang (dihantar) dari Thailand mengandungi ganja seberat 7 gram,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Katanya, meskipun alamat yang tertera pada bungkusan merupakan kediaman adiknya, namun nama penerima tidak dikenali oleh keluarganya.

Sehubungan itu, Rita berkata, ahli keluarga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Siapa yang menganiaya keluarga saya, memang saya doakan dia tak akan tenang dan selamat dunia akhirat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI