fbpx
GAMBAR fail pesawat Tu-95 milik Russia. - Foto AFP

Russia kerah pesawat pengebom nuklear hampiri Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Russia mengerahkan sekurang-kurangnya empat pesawat pengebom nuklear berat Tu-95MS berada lebih dekat dengan Eropah, lapor portal berita MailOnline semalam yang memetik laporan Insider UA.

Pesawat strategik itu sebelum ini kerap digunakan untuk mengebom Ukraine.

Laporan daripada Insider UA menyatakan bahawa pesawat-pesawat tersebut dilengkapi dengan peluru berpandu, menimbulkan kebarangkalian tinggi bahawa serangan besar-besaran akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Jika disahkan, penghantaran pesawat itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan dua kapal selam nuklear dikerahkan lebih dekat ke perairan Russia.

Tindakan Trump itu dibuat susulan ancaman perang nuklear daripada sekutu rapat Presiden Vladimir Putin yang kini Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev.

Trump berkata pada malam Ahad lalu bahawa kapal selam AS tersebut kini berada di tempat yang sepatutnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN