fbpx
GAMBAR fail Bangkok, Mei lalu. - Foto AFP

Pasangan suami isteri Thailand paling banyak curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK — Satu kajian mendedahkan bahawa Thailand muncul sebagai negara tertinggi yang mempunyai kadar kecurangan pasangan suami isteri bagi tahun 2024, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Thailand juga merupakan satu-satunya negara Asia yang tersenarai dalam 20 negara teratas dengan kadar kecurangan perkahwinan tertinggi.

Kajian tersebut merangkumi data daripada laman web tabiat manusia BedBible, World Population Review dan Insider Monkey. Ia mendedahkan peratusan individu yang telah berkahwin dan mengaku melakukan curang di setiap negara.

Dalam senarai kedudukan kadar kecurangan global, Thailand berada di tempat teratas dengan 51 peratus, diikuti Denmark (46 peratus), Jerman dan Itali (45 peratus) serta Perancis (43 peratus). 

Negara lain yang mencatat kadar tinggi termasuk Norway (41 peratus), Belgium (40 peratus), Sepanyol (39 peratus) dan Finland, United Kingdom, Kanada, serta Greece (36 peratus).

Senarai itu turut merangkumi Luxembourg, Austria, Brazil, Iceland, Belanda, Portugal, Sweden dan Amerika Syarikat yang masing-masing mencatatkan kadar 35 peratus.

Kajian itu menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk mengakui perbuatan curang, terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI