fbpx
GAMBAR fail kenderaan yang melalui lebuh raya di New York. - Foto AFP

Pandu di bawah had laju akan dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Memandu di bawah had laju kini boleh menyebabkan pemandu di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) dipenjara jika disabit dengan kesalahan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beberapa undang-undang lalu lintas baharu mula berkuat kuasa pada Jumaat lalu di negeri selatan Amerika itu.

Undang-undang tersebut termasuk menjadikan kesalahan lalu lintas bagi pemandu di lorong paling kiri yang memandu kenderaan kurang 1.6 kilometer sejam di bawah had laju.

Ia merupakan pengurangan ketara, di mana sebelum ini pihak berkuasa menetapkan 16 kilometer sejam di bawah had laju sebagai satu kesalahan, lapor portal berita The Mirror.

Menurut Jabatan Pengangkutan dan Pembangunan Louisiana (DOTD), lebuh raya luar bandar di Louisiana mempunyai had laju 120 kilometer sejam. 

Namun, lebuh raya dalam bandar ditetapkan pada 112 kilometer sejam.

Pemandu yang gagal mengekalkan kelajuan yang dikehendaki khususnya di lorong kiri akan dikenakan saman sebanyak AS$150 (RM634) untuk kesalahan pertama.

Saman akan meningkat sebanyak AS$100 (RM422) untuk setiap pelanggaran berikutnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI