fbpx
SEORANG lelaki (kiri) dikesan melakukan rompakan ke atas wanita warga emas yang tinggal di Kampung Melayu, Simpang Renggam, Kluang pagi tadi.

Nenek tinggal sendirian disamun lelaki bertopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita warga emas yang dipercayai tinggal bersendirian berdepan detik cemas selepas kediamannya dimasuki seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Kampung Melayu Simpang Renggam di sini, awal pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi itu berjaya dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) dengan memaparkan seorang lelaki berbaju biru gelap memasuki rumah mangsa.

Lelaki itu dilihat menyelongkar tempat wanita itu berehat untuk mencari barangan berharga termasuk wang tunai.

Rakaman berdurasi dua minit 50 saat itu turut memperlihatkan wanita berkenaan cuba menjerit minta tolong setelah lelaki yang tidak dikenalinya itu merampas duit yang disimpan di dalam dompet.

Lelaki dianggarkan berusia sekitar 40-an itu bagaimanapun tidak dapat dikenali wajahnya seolah-olah mengetahui terdapat CCTV yang dipasang anak warga emas berkenaan.

Malah, lelaki itu juga memasuki kediaman tanpa membawa sebarang senjata tajam dan memujuk wanita warga emas untuk terus makan bagi mengelakkan mengganggu menyelongkar kediaman nenek itu.

Sebelum itu, rakaman kejadian telah tular dalam media sosial sejak pagi tadi dan mendapat kritikan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN